Kesan Kanser Payudara Dari Awal - NIA KHAIRUDIN

Breaking

MACAM-MACAM ADA

Post Top Ad

Friday, November 10, 2017

Kesan Kanser Payudara Dari Awal

Terbaca artikel dari Berita Harian Online tentang kanser payudara. 

Menurut BH Online, seorang daripada 10 wanita Asia yang menghidap kanser payudara dikesan berada pada tahap empat atau dikenali kanser payudara metastatik (MBC).


Nisbah itu hasil kajian syarikat farmaseutikal, Pfizer yang dijalankan ke atas 5,000 wanita Asia berusia 30 hingga 60 tahun.

Hasil kajian itu juga mendapati 99 peratus respondan tahu mengenai risiko kanser payudara.

Namun, 24 peratus daripada mereka tidak tahu mengenai kewujudan MBC yang menyebabkan kanser merebak ke organ lain terutama otak, paru-paru, tulang dan hati.

Rasa takut dan risau juga bila baca tentang kanser payudara. Penyakit yang sangat di takuti oleh wanita tapi lelaki juga berisiko untuk dapat juga tau.

Kesedaran awam mengenai MBC masih di tahap rendah walau pelbagai kempen dan program telah diadakan.

Kanser payudara boleh berlaku pada sesiapa saja tidak kira latar belakang atau usia sungguhpun mengamalkan gaya hidup sihat.

Wanita yang mempunyai ahli keluarga menghidap kanser perlu lebih serius memeriksa kesihatan diri agar pemeriksaan awal dapat menyelamatkan nyawa.

Pemeriksaan sendiri penting untuk kita mengetahui perubahan badan terutama apabila ada ketulan, permukaan kulit yang kasar atau rasa sakit di payudara.

Sentiasa peka dengan perubahan dan ambil tindakan susulan sebelum penyakit menjadi lebih serius.

Jika dikesan menghidap kanser, sokongan dan bantuan ahli keluarga sangat penting dalam mengembalikan keyakinan diri pesakit untuk terus bertarung dengan penyakit itu.

Langkah mengesan kanser payudara. Sayangi diri ambil tindakan lebih awal.



4 comments:

  1. thanks sharing, saya ada auntie breast cancer survivor, kawan saya juga breast cancer survivor.
    part paling sedih bila mereka kena kemoterapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat dan bantuan dr family kena kuat kan. kita yg sihat pun kena selalu check..

      Delete