Panduan Cegah Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut - NIA KHAIRUDIN

Breaking

LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, November 25, 2017

Panduan Cegah Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Foto dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut ini bukan la penyakit baru, tapi kita sebagai ibubapa atau penjaga perlu ambil tahu tentang penyakit ini. Jika ada tanda penyakit pada anak anda ambil tindakan segera.

Kenali Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
  •  Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

  • Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak.

  • Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit.

  • Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung.

  • Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan.

Tanda dan Gejala Penyakit
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin.
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Sekiranya anak anda mengalami tanda dan gejala:
  • Segera membawa berjumpa dengan doktor
  • Tidak menghantar ke tadika atau rumah pengasuh
  • Lap lelehan mulut dan hidung. Gunakan tisu dan sapu tangan.

Langkah-langkah Pencegahan

1.Cuci tangan dengan sabun dan air bersih
  • Sebelum menyediakan makanan

  • Selepas ke tandas, menukar lampin dan mencuci najis anak


2.Tutup mulut dan hidung apabila batuk/bersin. Gunakan tisu atau sapu tangan. Buang tisu dengan betul. Cuci tangan selepas itu.


3.Elakkan:
  • Berkongsi barang-barang seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cawan, sudu dan garpu.

  • Membawa anak kecil ke tempat-tempat seperti pusat membeli belah, pasar, pawagam, kolam renang dan stesyen bas/tren.


4.Cuci dan disinfek alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur/lelehan hidung dengan menggunakan peluntur yang terbukti secara saintifik untuk membunuh 99.9% kuman.

Semoga dengan panduan ini dapat membantu kita mencegah penyakit ini dari awal.

#bloggermalaysia #infosihat

Sumber rujukan: basmi jangkitan infection prevention programme 

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad