LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Thursday 9 November 2017

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu

Setelah lama menahan sakit gigi dek gusi bengkak, akhirnya 2 batang gigi bongsu di cabut jua. 


Ikutkan sakit gigi bongsu belah kiri, lepas check baru tahu ada sebatang lagi gigi yang berlubang kali ni belah kanan juga gigi bongsu.

Buat keputusan cabut juga yang belah kanan tu, tak berani nak biarkan memikirkan rasa sakit pabila bengkak. 2 minggu menderita bengkak gusi.

Seram bila ingat balik waktu sakit gigi, seminggu nak Raya Haji yang lalu dah sakit, banyak jenis ubat sakit gigi telah ku telan. Macam-macam petua dah di cuba. Baca SINI

Ini kali pertama gigi kekal yang di cabut, rasa seram sejuk pula. Dalam masa 2 minggu 2 batang gigi selamat di cabut. Bergilir-gilir cabut tak berani cabut sekaligus.

Tiap kali ke klinik gigi mesti rasa berdebar, saat di cucuk ubat bius rasa seram j, di suruh tunggu di luar, dalam masa 10 ke 20 minit gitu baru di panggil masuk, dah kebas tinggal la masa mencabut, sekejap j cabut tapi fuhhh seram juga tatkala terasa gigi di godek.

Puas hati lepas cabut, dah kurang 2 batang gigi...Alhamdulillah tak de la sakit sangat,Gigi pun tumbuh elok jadi senang j cabut. I cabut di klinik swasta di Sungai Besar.

Klinik Pergigian Jeya sentiasa jadi pilihan. Doktor pun peramah, tahu kita ni penakut elok j buat. Service tip top puas hati harga pun berbaloi.


2 comments:

  1. Adudu kaunseling Gigi mmg lah menderita Kan. Gws ye

    ReplyDelete
  2. masalah sakit gigi akan selesai jika gigi dah tercabut..

    proses mencabut tu memang mencabar juga tu.

    ReplyDelete