LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Friday 8 December 2017

Akhirnya ku pilih Tadika PASTI buat Ammar

Sejak beberapa minggu yang lalu, sibuk sikit mencari tadika untuk budak kecik Ammar. Dalam tak sedar tahun depan dah 5 tahun kalau ikut perkiraan tahun la, kalau ikut usia sebenar next week 12 Disember cukup umur 4 tahun.. alahai anak cepatnya kamu besar.


Sejak ambil keputusan jadi surirumah sepenuh masa selepas budak kecik Ammar lahir, 24 jam membesar depan mata. Kini tiba masa untuk budak kecik ni ke tadika pula. Bukan la harap sangat nak suruh pandai membaca atau mengira, buat permulaan ni biar dia belajar bergaul dengan kawan. Kesian pula duduk di rumah asik ngadap mama j. Anak tak pernah duduk dengan pengasuh ni manja dia lebih sikit.

Setelah meneliti beberapa pilihan yang ada akhirnya ku pilih PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam). Berkonsepkan Islamic Education selaras dengan visi PASTI iaitu melahirkan insan soleh di Malaysia melalui pendidikan pra sekolah sebagai elemen terpenting, dan paling utama lokasinya yang paling dekat sebelah apartment kita j. Anytime mama boleh berlari kalau ada apa-apa..

Foto dari internet


Sepatutnya mula pembelajaran awal tahun depan, memandangkan budak kecik Ammar ni tiada pengalaman tinggal dengan pengasuh maka kami sebagai ibu bapa ambil keputusan nak letak sebulan lebih awal. Dengan harapan dapat menyesuaikan diri lebih awal. Nasib baik la pihak tadika ada ambil pelajar untuk Disember ni. Maka kita hantar la Ammar ni pegi mengaji dulu.

Hari ni kira seminggu Ammar ke tadika, akhirnya budak kecik Ammar dapat mengharungi pengalaman baru dengan gembira. Walau setiap kali datang pasti ada drama air mata. Mama kena jiwa kental untuk biar kamu menangis nak...

Menangis tu bukan tak suka pergi tadika, tapi lebih kepada tak nak berpisah dengan mama, risau sangat dia bila mama duk rumah tanpa dia. Lepas hantar terus balik, daku tak de la pula nak pergi pujuk bila dengar budak kecik Ammar menangis, biarkan aja dia sama cikgu. Budak kecik Ammar hanya menangis bila mama ada j, pastu elok j mengaji dan bermain dengan kawan.

Cikgu-cikgu pun alhamdulillah baik-baik belaka, senang la nak berbincang sebab kita baru pertama kali hantar anak ke tadika jadi perasaan takut dan risau tu ada la juga.

Permulaan ni hantar Ammar ke tadika untuk 3 jam siap bekal. Balik jer dari tadika teman Ammar bermain di taman permainan. Bila tiba waktu kita nak ambil elok j tengok budak kecik Ammar bermain, suka sangat dia. Cuma masa nak hantar j drama tak habis lagi. Moga dalam masa sebulan ni dapat la Ammar sesuaikan diri.

Owh iya benda yang penting juga dalam pemilihan tadika ni, iaitu yuran. Yuran di PASTI ni masih lagi dalam kemampuan kami di mana yuran tahunan termasuk uniform, peralatan belajar masih di bawah 1k. Manakala yuran bulanan RM100 di tambah RM30 untuk mengaji dan day care RM200 (ikut la area mana uolls hantar) Memandangkan budak kecik Ammar hanya di hantar half day jadi tiap bulan hanya bayar RM130 termasuk mengaji dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Buat ibubapa yang masih tercari-cari tadika buat anak mereka boleh la pertimbangkan PASTI.  Tadika PASTI menerima kanak-kanak yang berumur 4, 5  dan 6 tahun.

Antara sebab lain yang buat I tertarik dengan PASTI:

Objektif Pendidikan PASTI

PASTI menyediakan proses pendidikan awal yang berorientasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.

  1. Mendidik jiwa dan akal anak-anak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis
  2. Membimbing anak-anak supaya menghayati ibadah, akhlak dan cenderung melakukan makruf serta meninggalkan mungkar
  3. Melatih anak-anak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran, doa dan zikir

Piagam  Pelanggan PASTI

  1. Pelajar dapat menguasai kemahiran asas 5M (membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamal) selepas tamat pengajian di PASTI dengan sempurna.
  2. Sentiasa mengemaskini proses pengajaran dan pembelajaran selari dengan perkembangan terkini dalam dunia pendidikan.
  3. Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang sihat
  4. Sentiasa bersikap terbuka dan proaktif terhadap setiap teguran, saranan dan pandangan ke arah kecemerlangan pendidikan PASTI
  5. Sentiasa mengembangkan potensi murid berdasarkan kecenderungan bakat dan kebolehan masing-masing.

BIDANG PENGAJIAN

Unsur Tarbiyah
Penekanan 5 unsur tarbiyah

  • Tarbiah Imaniyyah (Aqidah)
  • Tarbiah Ruhiyyah (Ruh)
  • Tarbiah Khuluqiah (Akhlak)
  • Tarbiah Aqliah (Intelek)
  • Tarbiah Jasadiah (Jasmani)

Bidang Ilmu
Merangkumi 4 bidang ilmu
  • Ilmu Fardhu Ain
  • Ilmu Fardhu Kifayah
  • Ilmu Alat
  • Sumber Ilmu

Komponen Mata Pelajaran
Merangkumi
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Jawi
  • Matematik
  • Sains Sosial dan Pembangunan Insan
  • Al-Quran
  • Peribadi Muslim
  • Pra Penulisan
  • Pengenalan Asas Komputer

PRA TAHFIZ
PASTI menyediakan panduan dan sukatan hafazan sebagai rujukan kepada para guru dan murid-murid PASTI

Ia merupakan manifestasi bagi perancangan PASTI MALAYSIA untuk menerapkan elemen menghafaz Al-Quran secara lebih khusus dalam usaha melahirkan generasi pintar soleh yang hafaz Al-Quran.

NURUL QURAN
Nurul Qurán merupakan satu kaedah baru yang dirumus oleh PASTI Malaysia untuk memastikan proses pengajaran - pembelajaran Al-Quran di PASTI seluruh Malaysia menjadi lebih cepat dan berkesan.

KAFFAH (Kelas Fardhu Ain & Fardhu Kifayah)
Kurikulum KAFFAH merupakan kurikulum lanjutan PASTI yang telah mula dibina sejak tahun 2007 untuk penerusan pendidikan Islam kepada anak-anak berumur 7-12 tahun.

Untuk maklumat lanjut boleh la tengok website PASTI MALAYSIA. Tekan aja di pak Google maka berderet la keluar tentang PASTI.


No comments:

Post a Comment