LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Friday 5 January 2018

Perjalanan Ke Kedah | Check in di Swiss Inn Hotel Sungai Petani

Assalamualaikum...sambungan dari entri lepas baca SINI.


Swiss-Inn Hotel Sungai Petani

Memandangkan kami lewat tiba di hotel, ini la bilik yang kami dapat 2 katil single, tapi tak de hal la.. kita tolak j jadi semua boleh tidur sama-sama.

Bilik pun luas dan bersih, tempat iron baju pun ada, bilik air pula ada bathtub boleh la berendam air panas..syok oooo.. cuma tang tv j tak best, screen tak jelas nak tengok pun tak de mood..

 Aircond dalam bilik pula sangat la sejuk...menggigil kita dah naikkan suhu pun masih lagi sejuk. Pada I best la duduk di hotel ni, selesa, bersih dan nak cari makan di luar hotel pun mudah,jalan kaki j dah sampai banyak kedai makan di seberang jalan hotel ni.

Ini yang paling best dan di nanti sangat, bilik mengadap swimming pool..makin teruja budak kecik Ammar asik ajak ke sana j.

Setelah encik hubby keluar bekerja, I dan budak kecik Ammar bersarapan di hotel jer..menu pagi seperti biasa ada mee goreng, nasi lemak, roti jala dan macam-macam lagi. Baru jer habis makan mee goreng dan koko krunch , budak kecik Ammar dah ajak ke kolam mandi. Tak sempat kita nak merasa makanan lain, nak pula kolam mandi betul-betul berdepan dengan cafe mau tak sabar budak ni..

Layankan aja budak kecik Ammar ni mandi, bukan selalu dapat pergi kolam mandi kan..

Puas mandi sambung balik berendam air suam dalam bathtub di bilik pula... Lega sangat rasanya baru nak feeling dah budak kecik Ammar ni kacau daun.. sabar j laa..

Setelah mandi konon nak la tidur kejap di atas katil, budak kecik Ammar tetiba kata lapar pula..tula tadi orang ajak makan tak mau kan dah lapar..turun lagi la kita mencari makan tengah hari pula.

Lunch kita pilih makan di hotel juga, tinggal berdua tak boleh la nak keluar makan di luar hotel.


Nasi goreng kampung RM16 dan juice orange RM7.70

Dah kenyang naik ke bilik semula sambil menanti encik hubby pulang. Balik dari kerja encik hubby bawa pulang nasi lemak pula..

Petang baru la kami sekeluarga keluar mencari durian.Sebelum tu, encik hubby ajak naik ke Gunung Jerai, katanya pemandangan di atas sana sangat cantik.Sesampainya di atas Gunung Jerai, kabus tebal pula..maka tak dapat la nak menikmati pemandangan di sekitar Gunung Jerai..tak nampak wehh..sejuk lagi ada laaa...macam kat oversea pulak..

Gunung Jerai yang berkabus


Dengan berkereta menyusuri jalan penuh berliku sebab banyak sangat selekoh kena lebih berhati-hati tau sampai pening kepala kita. Kalau yang teringin nak lihat keindahan Gunung Jerai boleh juga bermalam di Jerai Hill Resort.

Lebih kurang sejam di atas sana, kami pun meneruskan misi utama mencari durian di Pasar Yan. Sebelum tu isi perut dulu di sekitar kedai makan.

Mencari Durian di Pasar Yan

Mee udang, mee goreng , nasi putih dan sup ayam manakala minuman teh o panas, limau panas dan sirap limau panas semua sekali RM26.. puas hati makan mee udang sedap ditambah dengan 3 ekor udang besar, mee goreng pun sama dia bagi 3 ekor udang besar juga mee pun banyak pula tu, siap tapau lagi.


Durian kampung

Seterusnya mula la mencari durian,Macam-macam harga ada..kitorang pilih durian kampung dan makan di gerai situ juga. Puas hati dapat makan durian meh la kita balik hotel semula berehat la pula.

1 comment:

  1. Salam kenal sis.. Syoknya leh sampai gunung jerai. Akak dh 10 thn duk kdh xpernah sampai sana...

    ReplyDelete