LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Thursday 4 January 2018

Perjalanan Ke Kedah: Singgah sebentar di Hentian Rehat

Assalamualaikum.. selamat tahun baru 2018 semua, moga-moga tahun ni lebih baik dari 2017.

Sorry la beberapa hari bercuti dari update blog ni. Tiap kali nak update mood hilang entah ke mana. Jadi sempena tahun baru ni cuba untuk rajin-rajin update blog.

Entri ini masih lagi berkisah untuk cerita tahun 2017, sebelum bercuti panjang kami sekeluarga sempat la ikut encik hubby out station nun jauh di Kedah.

Bestnye kali ni encik hubby ajak kami join sekali ke Kedah. Fuhhh happy bukan main. Walau kena duduk hotel semasa encik hubby keluar bekerja, itu pun dah kira best nak pula khabarnya di hotel ada kolam mandi. Paling teruja dah tentu budak kecik Ammar.

Kami bertolak pagi, sebelum tu singgah kedai runcit beli la sedikit makanan buat makan dalam perjalanan.


RTC Gopeng


Foto dari Sinar Online

Singgah makan tengah hari di Hentian Sebelah Pusat Transformation Luar Bandar (RTC) Gopeng. Kawasan makan pun besar banyak pilihan makanan. Masa kami sampai tu tengah ramai orang maklum la hujung tahun nak pula cuti panjang krismas ritu. Tapi dapat juga la kami duduk.

Encik hubby belikan kami nasi ayam Ipoh, mee sup dan Yee mee sizzling. Makanan memang sedap tapi sayang nak dapatkan sudu dan garpu punya payah. Melilau encik hubby mencari dah habis di ambil orang. Akhirnya encik hubby berjaya dapatkan sudu plastik ntah kedai mana dia ambil janji bersudu.

Di RTC Gopeng selain food court, ada Mydin, kedai buah-buahan dan macam-macam lagi, tak sempat nak tengok sekeliling memandangkan encik hubby ada meeting pula. Surau dan tandas pun ok, cuma masa I masuk dalam tandas di Agromall agak gelap mungkin lampunya rosak.

Lepas makan kami pun bertolak ke destinasi seterusnya. Masa nak ke parking ternampak food truck jual putu bambu, tak sempat nak beli..hurmmm


Hentian RNR Sungai Perak

Setelah beberapa jam perjalanan, kami berhenti rehat lagi, bawak budak kecik ni memang banyak berhenti la. Perhentian kedua kami di perhentian rehat dan rawat di Sungai Perak.

Sebaik turun dari kereta, tempat pertama yang di tuju dah tentu tandas. I bab tandas awam ni agak cerewet sikit tapi di RnR Sungai Perak ni boleh di kategorikan tandas bersih dan selesa walau orang masuk tak putus-putus. Pekerja cuci tandas memang sentiasa memastikan tandas dalam keadaan bersih.

Sebaik selesai urusan di tandas, beralih la pula ke surau... Bersih dan selesa juga.

sempat lagi melayan perasaan


RnR ni bersih dan selesa walau tak besar mana tapi puas hati. Food court pun ada banyak pilihan makanan. I pilih bihun sup dan laksa, harga untuk makanan ni RM8.50, dari segi rasa biasa j masih boleh makan.  Minum pula teh o panas dan sirap ais RM2.90.

Masa nak makan ternampak pula meja sebelah ambil tempoyak ikan patin... aduh sedapnya nape la tak perasan dari tadi?? haishh makan j la apa yang dah di beli jangan ikut nafsu makan sangat....

Di sini ada banyak kemudahan seperti ATM, kerusi rehat Rest n GO, tempat permainan kanak-kanak, boleh la makan sambil bagi anak main kejap.


Selain tu ada juga kedai buah-buahan, aneka makanan ringan seperti kerepek, jagung dan kacang rebus, barang kraftangan dan lain-lain. Macam-macam ada la walau tempatnya tak besar mana.



Memandangkan lagi 3 jam nak sampai destinasi, I sempat belikan Ammar jagung manis RM3, jambu air RM10 dan limau mandarin RM5.

Dah siap semua,mari la kita teruskan perjalanan. Owh iya bersebelahan rnr ni ada stesen minyak Petronas, jadi boleh la sekali isi minyak. Di tepi jalan pula ada la beberapa peniaga yang jual durian dan apa ntah lagi, teringin juga nak beli, tapi pikirkan baunya, maka ku pendamkan saja niat di hati. Nanti baru cari..

Teruskan perjalanan ke Sungai Petani, tapi sayang jalan jem sebab ada lori terbakar.Patut sampai jam 9 malam jadi jam 11 sampai hotel.


Check in Hotel Swiss-Inn Sungai Petani

Akhirnya sampai jua di hotel, sesudah letak segala barang, baru la kita pergi makan di sekitar hotel. Makan malam kami pilih 2 nasi putih, sup daging, kerabu sotong dan telur dadar seorang makan, minum pula sirap limau,teh panas dan teh o panas semua berharga RM17...murah oiii.. Encik hubby siap tapau nasi lemak di kedai lain..Puas hati oo makan sini..murah

Balik hotel mandi kejap ingat nak tidur terus penat oo...tapi budak kecik Ammar ni tak nak pula konon teruja duk hotel..Siap cakap '"kita duduk hotel j la mama"... Owh anak indahnya la tapi bila pikir nak membayarnya hurmmm tak pe la..dapat duduk kejap pun dah nikmat sangat. Terima kasih kat encik hubby sudi bawak kami..hihihi...lain kali boleh ajak lagi kan..




3 comments: