Echanted Rose, kek tergantung di Majlis Resepsi Mawar Rashid dan Raf jadi perhatian ramai - NIA KHAIRUDIN

Breaking

LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, December 3, 2017

Echanted Rose, kek tergantung di Majlis Resepsi Mawar Rashid dan Raf jadi perhatian ramai

Wow...uolls dah tengok kek tergantung di majlis perkahwinan Mawar Rashid dan suaminya Raf??

Nampak unik kan..Kek yang diletakkan di atas lampu chandelier itu diberi nama Echanted Rose dengan setiap lapisannya bertatahkan kristal Swarovki hasil sentuhan Ketua Pereka Kek SukaSucre Bistro, Azrene.


Cantik dan unik kek tergantung ini yang juga menarik perhatian para tetamu

Menurut astro awani, lapisan kek yang menggunakan sebanyak 7,777 biji kristal dengan ketinggian 13 kaki itu merupakan kek perkahwinan tertinggi yang pernah dihasilkan sepanjang sejarah resepsi persandingan di Malaysia.

Pelakon Mawar Rashid dan Raf Yaakob selamat diijabkabulkan pada 9 November lalu dan majlis resepsi ini berlangsung pada Jumaat lalu. Majlis resepsi itu dilangsungkan secara tertutup di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Majlis itu merupakan hasil sentuhan Rizalman dari Glamweddings yang bertemakan Echanted Garden. Manakala busana yang dipakai Mawar adalah rekaan Putra Aziz dari Cosry dengan wajahnya hasil solekan Ramzamode, rambut dari Syuk Qadir dan henna dari Lea Henna. Raf pula memilih sut rekaan Cosry.

Majlis itu turut diserikan dengan nyanyian Imran Ajmain yang juga seorang bakat SukaSucre creatives, rakan baik Raf sendiri yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Festival  Nombor Satu Malaysia, Mood Republic, Kimi Iskandar Ismail, penyanyi Amira Othman, persembahan tarian Asyik dari Kelantan oleh isteri Fazley, Datin Azrene Ahmad dan nyanyian daripada Fazley yang juga merupakan abang kepada Raf.

1 comment:

Post Top Ad