LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Friday 26 January 2018

Tarikan Pantai Bagan Lalang Sepang yang patut anda rasa sendiri

Assalamualaikum.. setelah berhari tak update kerana kekeringan idea, akhirnya dapat juga la daku update nak pula ini  kenangan terindah untuk di kenang di masa depan. Meh kita mulakan cerita ini.

Kalau sebelum ni bila ada orang sebut tentang Bagan Lalang, dalam fikiran ni hanya ingat tempat biasa j, alaa macam tempat makan-makan j. Tapi semua berubah bila I sendiri menjejakkan kaki di sana.

Kisahnya bila encik hubby ajak kami sekeluarga keluar berjalan, ingatkan berjalan di sekitar area rumah antara Mid Valley atau Sunway Piramid, nampak sangat dua tempat ni la yang selalu di tuju bila tak de idea nak pegi mana. Tapi bila arah perjalanan kali ini ke tempat lain mula la rasa nak tanya di mana nak pegi..Tapi sayang tak de jawapan, tiap kali budak kecik Ammar bertanya daku hanya cakap rahsia...

Akhirnya sampai juga ke destinasi rahsia itu, Mitsui Outlet Park, Sepang. Last pegi sini masa baru buka dulu masa tu pun masih tak banyak kedai di buka, tapi sekarang wah makin banyak ea.

Pada I la tempat ni kalau uolls nak cari kasut sukan atau pakaian kerja ok la sebab banyak barang jualan ke arah itu, ke I yang tak habis tengok?? hurmm tak tahu la..Setelah puas menemani encik hubby mencari barang yang di cari kami akhirnya pulang. Itu yang I ingat la kan.

Dalam perjalanan pulang, nampak la beberapa peniaga kecil di tepi jalan menjual pelbagai buah-buahan antaranya durian dan paling banyak buah naga. Menariknya di sebelah gerai buahan tu ada la tanaman buah naga.

Berhenti sebentar nak bawak balik sebiji dua buah naga. Sempat la borak sikit-sikit dengan penjual buah tu sambil tanya buah naga ni hasil tanaman sendiri k?? Menurut mak cik jual buah ni sejak akhir-akhir ni hasil buah naga kurang memandangkan faktor cuaca yang hujan j.

Kalau dah lalu area Sepang ni memang banyak kali la nampak kapal terbang terbang rendah ada yang nak mendarat dan ada yang baru memulakan perjalanan, kita yang jarang tengok nih macam teruja sangat.. Tiap kali nampak kapal terbang budak kecik Ammar paling teruja eh sama la dengan mama dia pun.



Ikut laluan kampung ni rasa tenang j, seronok sangat mula la teringat kampung halaman..Dah rindu sangat nampak gaya ni. Bila cuti panjang ni?? dapat tengok sawah padi menghijau di kampung pun rasa tenang j.

Daku ingatkan terus balik ke rumah la konon nak ikut jalan kampung, tapi jalan pulang kami ini tak de gaya nak ke arah rumah kami pula, dalam hati siap terdetik eh ini bukan jalan balik rumah...hishh ke mana lagi la nak pegi ni?? 

Malas nak tanya lagi kita tunggu je, sehingga la memasuki kawasan Bagan Lalang..fuhhh sampai juga di Bagan Lalang. Tapi apa la yang menarik sangat dekat sini, suka sangat orang pergi kan. Tak pernah tergerak hati nak Google tentang tempat ini. Mungkin sebab nama kot..BAGAN LALANG...

Melewati Hotel Seri Malaysia, hati mula tergerak tempat apa ini sampai hotel dan chalet banyak di sini??

Apabila sampai sahaja di Pantai Bagan Lalang, terus teringat pantai di kampung halaman ku jauh di Kelantan, haaa ini kampung belah mak I, tempat kelahiran daku. Tiap balik Bachok, Kelantan mesti kami sekeluarga akan datang ke Pantai Irama menikmati pemandangan tepi pantai, kira itu tempat wajib datang la tiap kali balik kampung.

Ok berbalik pada cerita asal di Pantai Bagan Lalang...Wah patut la ramai datang sini meriah bukan main. Pemandangan masa tu pun cantik sangat rasa dah tak sabar nak pijak pasir pantai. Dah lama ooo tak gi pantai.

Memang tak sangka dapat juga budak kecik Ammar ke pantai. Dah banyak kali sebut nak ke pantai akhirnya sampai jua. Kebetulan ada bola dalam kereta apa lagi suka la budak kecik Ammar bermain bola di tepian pantai. I pula apa lagi cepat-cepat keluarkan handphone rakam segala pemandangan yang cantik itu untuk kenangan masa depan.

Sambil berfoto layankan juga budak kecik Ammar bermain. Seronok sangat bermain bola dan main di gigi air. Tiap kali ombak kecil datang budak kecik Ammar ni dah berlari ketakutan..hihihi.. Masa ni perasan ada resort di atas air, perhhh syoknya kalau dapat ke sana.

TARIKAN BAGAN LALANG

Walau pun nama tempat ini Bagan Lalang bukan bermaksud tempat ini mundur tau. Ini mungkin di sebabkan pembangunan di sekitar kawasan ini seperti Mitsui Outlet Part ,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar Lumba Sepang, banyak hotel juga chalet terbina di sekitar Pantai Bagan Lalang ini. Itu baru chalet dan hotel, belum kira homestay di sekitar pantai tu, boleh la pilih ikut bajet nak check in chalet atau hotel mana kita suka.

Masa kami sekeluarga sampai orang tak de la ramai sangat mungkin sebab bukan musim cuti al maklum la kan awal tahun lagi, jadi masa lalu hotel tuh tak banyak kenderaan yang masuk ke hotel tu.

Pengunjung yang datang pun mungkin yang tinggal sekitar sini j..jadi dapat la budak kecik Ammar berlari ke sana sini dengan gembira bagai pantai ini dia yang punya.

Pantai Bagan Lalang



Eh bukan itu sahaja tau, Pantai Bagan Lalang itu sendiri turut menjadi tarikan, sambil menikmati pemandangan indah, kita boleh la datang bersama keluarga atau rakan melakukan banyak aktiviti di sini. Tentu lagi meriah bila ramai-ramai datang berkelah sambil berBBQ dan mandi manda bermain pasir.

Waktu kami sekeluarga sampai ada yang tengah bermain layang-layang, berjalan di persisiran pantai dan berfoto. Kami sampai pun dah lewat petang sempat juga la budak kecik Ammar bermain bola, berendam di tepi pantai dan bermain pasir. Suka sangat tengok budak kecik Ammar gembira bermain, yelah budak kecik Ammar ni baru masuk tadika jadi dia agak terkesan dengan perubahan baru ni, selama ni duduk rumah sama mama j.


Seronok weh, dah lama tak pergi pantai rindu sangat dengan pemandangan di tepi pantai..Sempat juga la melihat matahari terbenam. Setelah puas budak kecik Ammar bermain, sebenarnya tak puas lagi bermain tapi apa kan daya waktu pun dah agak lewat jadi kami memilih makan di sekitar pantai di mana ada restoran seafood.

Restoran Seafood
Kami sekeluarga menikmati makan malam di Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan Bakar & Seafood. Hanya jalan kaki je dari pantai nak ke restoran ni. Masa kami sampai di restoran ni tempat duduk pun hampir penuh, nasib baik la dapat juga kami tempat duduk. Sambil I pergi bersihkan budak kecik Ammar di tandas, encik hubby pergi la pilih seafood.

Di restoran ini ada pelbagai jenis seafood yang boleh korang pilih. Encik hubby memilih sotong bakar dan ikan siakap stim buat kami sekeluarga cukup la untuk 2 dewasa dan sorang budak kecik makan. Hidangan malam ni berharga RM49 termasuk milo ais dan sirap ais. Kalau nak solat pun tak payah risau mencari tempat, di restoran ni pun disediakan tempat solat, tandas pun bersih.

Di sebelah restoran ni ada chalet tapi tak perasan apa nama chalet ni. Tak berapa jauh dari restoran ini terletak Avani Sepang Goldcoast Resort. Kira jarak tiap tempat ni memang dekat la dengan pantai.. Parking saja kereta elok-elok lepas tu jalan kaki saja.

Bukan itu saja, di tepi jalan ada la gerai jual jagung manis, jual layang-layang dan macam-macam lagi. Tak sempat kita nak tengok tiap gerai ni. Dah kenyang sempat beli jagung manis untuk makan dalam kereta j.

Resort dan Chalet

Kalau rasa nak bermalam di sini ada banyak pilihan resort dan chalet seperti Hotel Seri Malaysia, homestay di sekitar pantai dan paling menarik perhatian I Avani Sepang Goldcoast ResortSempat la daku Google sebentar tentang resort ni... Amboi kemain cantik yee..

Avani Sepang Goldcoast Resort

Deretan resort di atas air yang berbentuk seakan pokok kelapa sawit memang menarik perhatian. Sampai j pantai mata terus ke arah deretan resort ni... Dari jauh pun nampak menarik j...Teringin weh nak bermalam di sana...



foto dari website Avani Sepang Goldcoast

Itu baru gambar dari luar belum lagi dari dalam resort... fuhhh memang teringin nak check in sana. Insya Allah ada rezeki moga dapat review resort pula...

sedikit video pemandangan di sekitar Pantai Bagan Lalang

10 comments:

  1. pantai nan indah
    itu putranya ya yang kecil itu

    ReplyDelete
  2. Selalu pergi makan kat Bagan Lalang...ni rasanya dah 2 tahun x jejak..kena pi jugak la ni nak pi makan kat area yang Nia ckp...biasa makan kat hujung sekali...mahal nak mati kat situ

    ReplyDelete
  3. Paling seronok bila dapat menikmati keindahanalam bersama keluarga tercinta..

    ReplyDelete
  4. menarik juga..

    ada peluang boleh dijadikan tempat percutian untuk berbulan madu bersama isteri kesayangan..

    in shaa Allah

    ReplyDelete