LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Wednesday 16 May 2018

Aktiviti di Hari Ibu 2018

Sempena hari ibu tahun 2018, kami 3 beranak melakukan banyak aktivi bermula dengan menikmati hidangan ikan patin masak tempoyak yang boleh baca di SINI



Jalan-jalan di Mid Valley dan berkesempatan menonton filem yang diminati ramai iaitu Avengers Infinity War. Setelah hampir 5 tahun tak jejak panggung wayang, akhirnya dapat juga tengok dengan bawa sekali budak kecik Ammar.

Ini juga merupakan kali pertama budak kecik Ammar masuk ke panggung wayang. Rasa berdebar tu ada juga la memandangkan ini bukan cerita kartun dan nak pula budak kecik Ammar ni bukan jenis yang tengok cerita sangat.

Kalau kat rumah pun bukan lama mana pun dia layan kartun, inikan pula dalam wayang yang berjam lamanya.

Dalam debar bawa juga la siap beli makanan dan minuman sebagai persediaan takut budak kecik Ammar ni tetiba mintak makan.

Sebelum wayang bermula budak kecik Ammar ni rasa teruja sangat bila tengok ada skrin besar di depan. Nasib baik la kami pilih duduk agak belakang juga, masa ni orang pun tak ramai mungkin belum balik KL lagi. Cuti  sempena #pru14 la katakan.

Setengah jam pertama masih ok.. seterusnya fuhhh agak mencabar memujuk budak kecik Ammar agar bersabar. Sudah di ajak balik.....sabar j la kan.

Dalam tempoh tu memang tak boleh nak fokus sangat, tengok sambil melayan budak kecik Ammar.

Akhirnya movie pun habis, suka dia dapat keluar dari panggung wayang. Pape pun syok juga tengok filem ni walau tak fokus sepenuhnya.

Puas berjalan di Mid Valley, kita keluar mencari makan nasi arab di SINI pula. Kalau rasa nak makan nasi arab memang kami memilih restoran ini. Nak parking kereta senang, ini salah satu benda penting masa memilih tempat yang nak pergi.

Sebelum balik singgah sebentar di Taman Rekreasi Puncak Jalil. Setelah puas budak kecik Ammar bermain marilah kita pulang ke rumah. Penat sangat sehari suntuk penuh dengan bermacam-macam aktiviti. Penat tapi seronok sangat.


No comments:

Post a Comment