LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Thursday 10 May 2018

#pru14 Malaysia | Tun Mahathir Bakal Perdana Menteri Malaysia ke 7


Foto dari facebook


Assalamualaikum selamat pagi Malaysia Baru.. yup Malaysia Baru , seperti mana sedia maklum semalam 9 Mei 2018 hari bersejarah buat rakyat Malaysia telah selamat menjalani Pilihan Raya Umum ke 14 #PRU14.

Paling menarik sejarah baru tercipta bila mana Pakatan Harapan menang besar dan menguasai banyak negeri mengalahkan parti lain terutama Barisan Nasional.

Ini merupakan kejutan besar dan membuktikan bahawa kuasa rakyat mampu mengubah kerajaan. Jangan main-main dengan rakyat naa sekali bersatu mampu mencipta kejutan.

Foto dari facebook


Dengan kemenangan ini membolehkan Pakatan Harapan membentuk kerajaan baru di mana Tun Mahathir Bin Mohamad sebagai calon Perdana Menteri ke 7.

Setelah lama menanti keputusan rasmi dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) , ikutkan ini paling lama la pihak SPR nak keluarkan keputusan. Dari semangat berjaga sampai tertidur menunggu keputusan. Bangun pagi tengok facebook j la.

Alhamdulillah dengan kemenangan Pakatan Harapan membolehkan kita rakyat Malaysia menikmati cuti umum pada 10 dan 11 Mei 2018, yuhuu 2 hari cuti bersambung sampai ke Ahad.

Sekarang waktu entri ni di tulis masih menanti Perdana Menteri baru untuk angkat sumpah pula. Itu pun katanya masih tertunda, entah apa la yang menghalangnya...

Apa-apa pun sebagai rakyat Malaysia kita mengharapkan Malaysia terus aman walau berlaku pertukaran kerajaan. Jangan gaduh-gaduh naa semua nak yang terbaik buat Malaysia.

Tahniah Pakatan Harapan!!!!!




No comments:

Post a Comment