Perjalanan Ke Kedah| Menjamu Selera Mee Udang Sedap Di Changkat Jering - NIA KHAIRUDIN

LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Post Top Ad

Monday, January 8, 2018

Perjalanan Ke Kedah| Menjamu Selera Mee Udang Sedap Di Changkat Jering

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Singgah Sebentar Di Hentian Rehat

Check in Swiss Inn Hotel Sungai Petani

Hari Terakhir Di Sungai Petani Kedah
Bersarapan buat kali terakhir di Swiss Inn Hotel dan sebelum kita pulang bagi la budak kecik Ammar main puas-puas di kolam mandi.

Puas mandi macam biasa sambung berendam dalam bilik pula.

Restoran Mee Udang Nur Zetty Changkat Jering


Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur tempat mencari rezeki, kami sekeluarga sempat singgah  makan di  Restoran Mee Udang Nur Zetty di Changkat Jering. Seperti nama kedai dah tentu yang paling popular sekali di kedai ni Mee udang..

Mee udang special sedap sangat ditambah dengan udang yang besar dan banyak

Nasi Goreng Udang Special rasanya seperti nasi goreng biasa yang penting udang besar puas hati

Mee Goreng.. dekat sini memang letak banyak udang eh??

ABC 

Untuk mee udang special, mee goreng, nasi goreng udang special, abc dan limau panas semuanya berharga RM45.

Setelah mengisi perut sekali lagi kita singgah untuk mencari durian di tepi jalan sekitar Changkat Jering. Makan sebiji durian yang bersaiz sederhana sekilo RM15 sambil bungkus sekilo rambutan RM4.

Pengalaman ke Kedah ni memang meninggalkan banyak kenangan manis buat kami sekeluarga, selain dapat luangkan banyak masa bersama, dapat juga bagi peluang budak kecik Ammar bercuti sebelum memulakan pelajaran di Tadika. Lepas ni susah sikit la nak ikut encik hubby out station memandangkan Ammar pun dah ke Tadika, big boy dah anak mama.

Balik jer dari Kedah, kami sekeluarga tak sihat pula, nasib baik la ada masa lebih kurang seminggu lebih untuk budak kecik Ammar pulih sebelum masuk tadika, risau mama kalau anak tak sihat.

Paling mengharukan I pula tak sihat bukan takat selsema, pening berhari-hari di tambah badan rasa berangin j. Jumpa doktor check fuhhh banyak angin dalam badan. Ni penangan dari makan durian k?? hihihi... puas hati dapat makan durian tapi tulaaa tanggung la bila badan mula meragam.

Lepas ni entah bila dapat ke Kedah lagi, dulu dah pernah ke Langkawi 5 tahun yang lalu, datang berdua dengan kawan baik. Kali ni kita ke Kedah dengan keluarga kecil ku...Moga lepas ni dapat lagi jejakkan kaki di Kedah lagi..aminnn...




2 comments:

  1. Alahai...besar2 betul udang tu ha...harga macam mana? mahal tak..nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga pun ok la dengan udang yang besar dan banyak tu..

      Delete

Post Top Ad